eBook Dimuat Turun Melebihi 1 Juta Kali

Posted: 17th November 2011 by Khairul Bakhtiar in ebook

Kalau eBook anda dibeli melalui muat turun oleh 1 juta orang, apakah perasaan anda? Terus berhenti kerja dan fokus kepada penulisan eBook yang lain? Atau adakah anda akan terus melakukan apa yang anda lakukan sekarang?

Lihat saja kepada 2 produk daripada 2 individu berasingan yang saya temui ketika melakukan kajian terhadap ciri-ciri eBook yang memiliki kualiti yang lain daripada yang lain:-

Yang pasti, saya ingin membaca dan memahami sendiri bagaimana mereka merancang penulisan yang berkualiti sehingga mampu menarik ramai peminat. Bayangkan jika anda memiliki produk yang melepasi 1,000,000 unit dijual, ia bukan sahaja melayakkan anda diberi pendedahan liputan media yang cukup meluas, malah membuka rezeki anda untuk pendapatan bentuk lain seperti jemputan wawancara, ceramah dan sebagainya.

Share

7 Fakta Menarik Mengenai eBook

Posted: 17th November 2011 by Khairul Bakhtiar in ebook
  • Menurut Wikipedia, eBook pertama dihasilkan pada tahun 1971 oleh Michael S. Hart menulis semula ‘United States Declaration of Independence’ ke dalam komputer.
  • Projek Gutenberg adalah sebuah projek mendigitalkan karya-karya buku, dimana versi digital semuanya disimpan di dalam sebuah arkib berbentuk perpustakaan digital.
  • Sejak Disember 2008, seorang anak watan berjaya menjual 7,000 unit ebooks dan menjana hampir 1/2 juta nilainya.
Share

Elevator Pitch Buat MindaBisnes.com

Posted: 17th November 2011 by Khairul Bakhtiar in Blog

MindaBisnes.com lahir daripada minat yang mendalam dan kajian yang berterusan terhadap perniagaan internet berasaskan eBook yang semakin popular dan diterima umum. Tagline bagi MindaBisnes.com adalah seperti berikut:-

Membina Perniagaan eBook Best-Seller Di Internet

eBook adalah satu karya penulisan yang dihasilkan berdasarkan objektif individu penulis tersebut. Ada yang menulis bagi mencari ketenangan dan melepaskan tension. Ada yang menulis bagi mengajar pengguna internet ilmu-ilmu yang berguna seperti kewangan, hartanah, dan lain-lain di samping menarik trafik yang banyak. Dan tidak lupa bagi hampir semua blogger yang berhajat menulis eBook bermotifkan sumber kewangan bagi mencapai matlamat ‘debt-free citizen’.

Apa yang pasti, perniagaan eBook yang laris adalah hasil gabungan ‘mengisi ruang permintaan yang telah dikenalpasti’, ‘penghasilan karya yang seronok mata memandang’, dan ‘pemasaran yang efisyen & effektif’. Ini baru 3 elemen asas, ia bakal dikembangkan dengan lambakan-lambakan idea baru yang bernas, praktikal dan bersesuaian dengan masa dan teknologi semasa.

Sasaran blog ini adalah membantu golongan-golongan seperti bloger dan anda yang meminati bidang penulisan tetapi masih belum mengorak langkah mengatur kata pembuka bicara. Semoga nawaitu anda menjadi kenyataan dan sudi-sudilah berkongsi ilmu, pengetahuan & pengalaman serta panduan atau bimbingan nasihat sewaktu menceburi bidang penulisan ebook.

Selamat mencuba dan berjaya.

Share